Isnin, 19 Disember 2011

Jalan-jalan Taiping

Part 2: Sekitar Bandar Taiping


Perjalanan kami diteruskan ke sekitar Bandar Taiping.. Bandar Taiping ni xde lah besar mcm bandar-bandar negeri lain. Tapi saya memang tertarik dengan kawasan sekitar Zoo Taiping yang terdapat satu taman buatan yang mempunyai tasik dan pemandangan yang unik.  Di sepanjang jalan di taman tersebut terdapat pokok-pokok yang seakan-akan payung yang memayunggi kita.. Pada waktu itu juga terdapat beberapa pasangan pengantin yang menjalani photoshot untuk mengabadikan hari-hari bahagia mereka di situ.. 












Sebelum pulang kami sempat juga pergi makan Mee Banjir Udang Mak Jah di Kuala Sepetang.. Ala mee banjir ni kan popular.. dah keluar tv lagi.. Jauhnye la Kuala Sepetang ni, tapi sebab nak rasa sangat mee banjir udang ni ku redah juga lah.. 
Terdapat banyak sangat kedai-kedai yang menjual mee banjir udang ni di sepanjang jalan ke Kuala Sepetang ni, tapi kedai mak jah ni kedai yang terakhir sekali dan kedai yang memang ramai orang.. Kereta penuh di kiri kanan jalan.. Dah sampai kedai yang memang ramai dengan orang.. Ni lah hasil tangkapan kitaorg hari 2, bila terlalu ramai orang orang pesanan hanya terhad kepada menu nasi goreng dan mee banjir udang sahaja.. Menu lain memang tidak dapat dilayan pada masa itu.. 
Pada pendapat saya, mee udang disini biasa-biasa aje.. Mybe yang specialnye udang yang fresh, kuantiti udang yang banyak (lebih dri 5 ekor)  dan saiz udang (big). Bagi orang yang memang lapar rasanye kena banyak bersabar kalau makan di kedai ni coz layanan yang kurang memuaskan.. (Lambat)


 Mee Banjir Udang Istimewa
(X-tra Udang)

Nasi Goreng Udang

 Cucur Udang & kuah kacang.

Muka-muka kelaparan... kalau nak tahu, pesanan memang lambat
yang datang dulu hanya cucur udang sj.. so, layan cucur dulu lah ye... 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...